Wednesday, February 24, 2010

Monday, February 22, 2010

HaTi iNi

Dalam minggu ini...
hanya satu benda
slalo kami ingat slalo kami doa..
moga-moga kami lulus stp
agar tidak kami bersedih lagi...

ibu bapa kami serta guru-guru...
slalo kami sayang slalo kami bayang...
ingin kami lihat mereka gembira
takut kami buat mereka kecewa...

andai 25 feb nanti kami menangis
biar ia jadi satu tanda
impian masih ada...
bukan hayalan saja...
dan
orang yang kami sayangi BAHAGIA...

BERILAH KAMI KEKUATAN....

Semenjak tarikh STPM keluar diumumkan hari jumaat ynag lalu(19 feb) hidup kami semacam terhenti...jantung kami berdegup kencang...tapi nafas kami terasa seolah-olah tersangkut...Tidak kami sedari air mata mmbasahi pipi(kami takut). Dalam fikiran kami cuma fikirkan result STPM je, nak makan teringat, HINGGA hilang selera kami...tengah mandi pun teringat...semua yang kami buat serba tidak kena. Bab kata pepatah dari celik mata sampai celik balik itu sajalah yang kami teringatkan...Sebenarnya kami kalau bolah kami tak nak fikr langsung pasal Result kami ni tapi otak kami tak nak ikut cakap dye nak jugak fikirkan...isk2 letih...Seumur hidup ni tak pernah kami rasa takut macam ni...PERIT sekali..
Ada lagi tiga hari untuk kami tempuhi rasa ini...adakah kami mampu????

Ya ALLAH KAU BERILAH KAMI KEKUATAN MENTAL DAN FIZIKAL UNTUK MENGHADAPI UJIANMU INI SESUNGGUHNYA KAMI TADAK CUKUP KUAT UNTUK MENGHADAPINYA SENDIRI. KAMI MOHON Ya ALLAH TUHAN YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA MENYAYANGI...HANYA PADAMU KAMI MEMINTA DAN MENGHARAP...

Friday, February 19, 2010

KeNaNgaN 6 aTaS sAinS


Walaupun tak cantik tapi terimalah yerk....moga ia beri sesuatu pada kita

kami takut

hari ni dapt satu berita yang sangat dinanti tapi takut untuk dihadapi.
know what??? result stpm akan kluar 25hb ni. kami yang menanti seakan dapat satu kejutan. kenapa awal sangat result ni kluar??bukan bulan 3 ke baru keluar? selalunya bulan 3 baru kluar...
ohh... nak tau apa yang ada dalam hati ni.macam2 ada. takut sudah semestinya..excited ada la sikit..xtau macam mana nk describe..
macam mana agaknya result kami?berbaloi ke segala yang kami usahakan?atau mungkin ALLAH akan uji ketabahan kami sekali lagi? penantian yang kami lalui salama ini hampir tiba ke kemuncaknya.. adakah ia akan mengundang dakapan dan tangisan gembira??? atau hanya sindiran yang akan kami terima...
kadang2 rasa dalam hati ini tak dapat disingkirkan. sometimes terlalu positive, but sometimes more to negative thingking...
kami takut ada yang kecewa..kami takut ibu bapa kami menangis lagi..kami takut guru2 kami sedih..kami takut kawan2 kami kecewa..kami takut kami tak dapat terima kenyataan..kami takut...

TOLONG.....

RESULT STPM KUAR 25 FEBRUARI 2010.....arhhhhhhhhhhh bagai nak tercabut jantung ble taw...

Thursday, February 11, 2010

ku masih teringat

Hari ni jalan sorang2 tetiba dahaga, pergilah beli air tin... dalam banyak2 air dalam peti ais tu air chrysanthemum menjadi pilihan...bila bukak je tin tu nak minum tetiba teringat kan kekawan masa kat clifford dulu. Dulu selalo beli air ni masa rehat. Boleh dikatakan Hari-hari kami minum air tin walaupun berbeza jenis.
Sekarang ni mana ada masa dah nak duduk tujuh(7) orang minum air tin sesama, yang paling tak mungkin duk dalam kelas yang macam kandang zoo tu bersama. Semua tu dah berlalu dan tinggal kenangan yang terpahat.

teman jauh
sarah

Sedeynye....

Kami ni lapan orang je tapi setakat ni dah lima(5) berita sedih yang kami terima....
Pemergian orang yang kami kenal dan kami sayang dari lubuk hati kami, walaupun lebih kepada individu. Mula- mula kami dikejutkan dengan kematian opah wani...terkedu sekejap wani. kemudian mak cik anis, opah sarah dan opah sedara anis. Tapi semua kesedihan individu ini taklah teruk sangat berbanding berita yang baru kami terima sabtu lepas(6 Feb 10). Pemergian ayah Jagdiss akibat penyakit jantung
Jagdiss kami harap awak tabah...

hope lepas ni tak adalah yerk berita sedih....

Wednesday, February 3, 2010

.....

MEREKA YANG BERNAMA SAHABAT

adanya mereka
aku gembira

adanya mereka
aku ceria

adanya mereka
aku ketawa

senyum mereka
kata-kata mereka
teletah mereka
penghibur hati
penawar duka

mereka mencipta hubungan
mereka mengikat pertalian
mereka menyemarak harapan
mereka juga penguat semangat

sama-sama melangkah
tak pernah terdetik untuk berpatah
sama-sama mencari arah
tak pernah menyerah kalah
sama-sama menyelesaikan masalah
tak pernah berkata tidak

kini
mereka jauh
jauh daripada pandangan mata
namun
mereka terus melakar kenangan
memperkukuh sebuah perhubungan
di atas kanvas sebuah kehidupan
mencipta empayar kukuh bernama persahabatan

mereka tetap di sini
di sini
melekat dalam kamar sekeping hati

Monday, February 1, 2010

buat pemilihan bijak

mulai 2 februari, semua bekas pelajar spm,stam dan stpm 2009 boleh mula buat permohonan kemasukan ke ipta sesi akademik 2010/2011.
mulai jam 12 tengah hari melalui laman web rasmi kementerian pengajian tinggi malaysia www.mohe.gov.my atau upu.mohe.gov.my
kepada sesiapa yang dah beli no unik id kat BSN GIRO,boleh la mohon.
pilih ipta dan jurusan yang anda minat. apa yang penting,make sure ia sesuai ngan kelayakan anda.
disini bermulanya cita2 anda...jika tersalah percaturan,kesukaran bakal menemui anda di masa depan. ambil kira semua perspektif.jangan terburu2...
selamat membuat pemilihan dan semoga anda terpilih